Monday, August 16, 2010

..TELL ME

ko kata cinta prlukan pengorbanan?dan bila aku berkorban?
kau kata kebahagian adalah segalanya..dan dimanakah peluang untuk ak mencuba?

setiap hari berlalu aku mencari kelibat bayangmu yang cuma ada dalam mimpiku..dimanakah realitinya?
ak hanya mampu berbicara dengan hati setiap hari..mencari dan trus mencari..
setiap nafasku hadir dengan harapan..

apa yang aku mahu?
aku cma mahukan cinta yg suci,cinta terakhir ku,cinta yang diredhai illahi,
cinta selepas alllah dan rasul,cinta selepas kedua ibu-bapaku,bkan cinta kekasih,tp cinta suami isteri,cinta yang membawa kta ke syurga...akhirnya

hingga tiba satu detik..aku makin keliru..mengapa harus terjadi begini?adakah aku atau kau yang keliru?tolong beritahu....




Friday, May 14, 2010

Kangen Band-kembali pulang



Am G
bintang terlihat terang
F C
saat dirimu datang
Dm E
cinta yang dulu hilang
F E
kini kembali pulang

Am G
lihatlah dia mulai bernyanyi
F C
coba merangkai mimpi
Dm E
cinta yang dulu pergi
F E
kini datang kembali

#
Am G
wajahmu mengingatkanku
F C
dengan kekasihku dulu
Am G
wajahmu mengingatkanku
F G
de....ngan masa laluku

##
C G
kekasih yang dulu hilang
Dm Am
kini datang kembali pulang
C G
akan ku bawa dia terbang
F E
damai bersama bintang

C G
kekasih yang dulu hilang
Dm Am
kini datang kembali pulang
C G
betapa senang kurelakan
F E
dan takkan kulepaskan

(kembali ke #)

Friday, May 7, 2010

Aku Dengar dengan HATI..aku LAYAN dengan KEPALA...aku praktikkan dengan HEADBANGING!!!!!

Aku membesar dengan musik sebab tu aku minat musik.aku minat musik sebab musik bley wat aku sedih,gembira,mengangis...bila aku feeling gitar kapok akulah jadi mangsa..huhu..bila x puasa main gitar kapok masuk studio jaming plak,huh...


NIRVANA



aku mula hardcore dengan musik masa dalam tingkatan 2..masa tu musik underground tengah rancak di malaysia.band yang paling aku minat mestila band-band bergenre grunge terutamanya nirvana yang dianggotai 3 anak muda dari seatle kurt cobain(vokalis,gitaris).krist noveselick(basis),dave ghrol(drum).huhu...lau jaming mmang bawa lagu diorang macam heart shaped box,smell like teen spirit,about girl,rape me,macam2 lg la.aku minat giler NIRVANA sampai suma gaya KURT COBAIN aku tiru.pakai baju belang,kasut converse,seluar kaki kecik,gaya rambut kecuali aku tak minum arak,dadah.seks bebas and bunuh diri cam kurt cobain.yang paling best,.bebudak grunge ni ada group dia sendiri kat sekolah..hak3..band grunge yang ada kat malaysia masa tu cuma satu je yang paling aku suka : BUTTERFINGERS.

BUTTERFINGERS


album pertama butterfingers masa tu 1.2 miligram. lagu-lagu dia mmang aku minta macam niccotyne,Naive Sick,Chasm,Chrome,Nicc o'Tyme,Me,Wet Blanket,Fo,Royal Jelly,Ugly,In the Calm,Sober,10db.....Loque, Kadak dan tiga rakan mereka iaitu Cop, Ayul dan Bobo berusia 14 tahun dan bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1991.selepas itu,butterfingers ditubuhkan.Fitrahnya seperti remaja lain, muzik memang banyak memberi pengaruh utama sebagai medium untuk merehatkan fikiran atau lebih tepat untuk melepaskan geram.musik mereka memang sesuai dengan jiwa aku yang suka memberontak masa tu.aku hafal suma lagu butterfingers dan aku beli suma album mereka yang original buka ciplak.huhu.tapi bila aku jumpa diorang,x sangka band yang aku puja ni rupanya agak ego sedikit,xpela...terima kasih.
pe yang kita faham sal musik undeground ni?pe yang kita faham sal diorang?erm...Sejarah underground di Malaysia ini sudah pun dimulakan oleh segelintir remaja pada lewat 70an dahulu. Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik Punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga daripada band The Sex Pistols yang begitu popular ketika itu. Mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.
Joe Kidd telah menubuhkan scene punk yang pertama di Kuala Terengganu pada awal 80an, namun pada masa itu hampir tidak ada band yang ditubuhkan secara serius. Mereka hanya bermain gitar kapok sambil lepak di tepi pantai, tetapi pada tahun 1987 terdapat sebuah band di Terengganu yang memainkan irama punk dengan pengaruh thrash metal iaitu Mallaria dan mereka turut merakamkan demo yang tidak diketahui kesudahannya. Selain Joe Kidd dan rakan-rakan di Kuala Terengganu, terdapat juga geng-geng punk yang lain di Kuala Lumpur dan P. Pinang ( Abazz daripada band punk The Karatz ) tetapi semuanya dalam komuniti yang kecil dan tidak mempengaruhi budak-budak lain.

Ketika itu juga telah muncul segelintir pemuzik yang memainkan irama yang lebih keras iaitu thrash metal. Muzik ini dikesan pada sekitar awal tahun 1984 dan mula berkembang selepas lebih kurang dua tahun selepas itu. Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis, Picagari dan FTG. Mereka ini kebanyakannya mendapat pengaruh band-band luar negara seperti Sodom, Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer, Bathory dan King Diamond.sehinggalah sekaran,zaman berubah seiring dengan perubahan muzik.muzik underground di malaysia juga telah banyak berubah dengan muzik seperti black metal,punk,skinhead dan grunge telah dilabel sebagai satu muzik yang tidak bermoral,masyarakat mula menjauhkan diri tetapi masih ada segelintir yang setia denga muzik macam ni termasuklah aku.apa yang dapat dilihat,muzik sekarang lebih kepasa indie dan ska yang agak mainstream.pada aku apa jua jenis muzik pun sama saja..selagi ia boleh diterima oleh orang ramai,ia dianggap seni:~

Wednesday, May 5, 2010

len macam jer........

aduh boring giler la...sejak sound card komputer aku rosak aku dah x layan lagu lagi...pe yang aku wat bila kat depan komputer buka internet,fb,ym..fb pun kadang2 cam sial gak..huhu..tp xtau la nape best sgt fb ni..maybe sebab ia dicipta untuk hiburan,setiap hiburan itu melalaikan dan setiap yang lalai tu best..betul kan?aduh jiwa kacau tul aku,aku pn xtau pe kena ngan aku skang,kejap emo,kejap ok,kejap peramah,kejap pendiam..pe sifat aku yg sebenar ak r?masalah gak lau xtau peribadi sendiri.konfius identiti plak aku ni..ermm...

virus b*bi


baru-baru ni aku dapat satu laptop dari budak junior soh tlg tgkkan laptop dia..laptop dia di serang virus..tp ni virus yang luar biasa..huhu..sebagai seorang yang minat kmputer dan aku jugak amik upah betulkan laptop kat um ni,benda tu masalah biasa yang aku dapat..small matter la..mengikut pengalaman aku,biasanya laptop yang diserang virus ni akan menjadi simptom-simptom seperti task manager disable,anti-virus disable,folder option hilang,driver x berfungsi...macam2 lg la..aku dah spare suma senjata untuk setiap virus yang ada..macam2 virus aku jumpa ilove u,funny ust scandal,brontox,trojan,autorun..letih gak nak melawan..lau mana yg aku xleh lawan ak formatkan aje snang ckit..tp skang ni virus suma cam sial..len macam je..tambah2 window xp.bila kena virus ni,secara automatik device manager,task manager dan sebahagian application jadi notepad.ha?camna nak betulkan ni lau dah jadi notepad?erm....masalah ni aku x jumpa penawar dia sampai skang..setelah membuat kajian selama beberapa bulan aku mendapat kesimpulan bahawa suma orang patut bertukar ke window 7..haha..sebab window 7 x kena pn virus2 macam ni,selain lebih stabil dan grafik yg lebih cantik,tahap penggunaan memory untuk window 7 juga rendah dan sistem bergerak lancar tanpa mengalami masalah "hang"..selain itu,driver untuk sound dan wireles juga automatik terdapat dalam window 7..huhu..so bagi laptop seperti compaq yang mengalami maasalah untuk menginstal driver selepas format,window 7 adalah penyelesaian tebaik..selain itu,aku xyah susah2 nak clean window xp yg kna virus..huhu...lau nak tukar window 7 kol aku ek,aku caj murah2 je.hehe.:-)!!!!

Saturday, May 1, 2010

imam syafie pejuang kebenaran



Judul buku : Imam Syafie Pejuang Kebenaran
Penulis : Abdul Latip Talib
Harga : RM 24.00
Sumber : Beli di MPH one utama

Hidupnya dalam kekurangan. Tetapi semangatnya menuntut ilmu tidak pernah malap. Malah sentiasa membara. Membaca kisah hidup Imam Syafie mengundang 1001 rasa. Maha Suci Allah yang mengangkat darjat hamba-Nya apabila seseorang hamba itu dekat dengan-Nya.
imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Ketika berumur 20 tahun beliau pergi belajar ke tempat Imam Malik di Madinah, setelah itu beliau ke Irak, Parsi dan akhirnya kembali ke Madinah. Dalam usia 29 tahun beliau pergi ke Yaman untuk menuntut ilmu pengetahuan.

Tentang ketaatan beliau dalam beribadah kepada Allah diceritakan bahawa setiap malam beliau membagi malam itu kepada tiga bahagian. Sepertiga malam beliau gunakan kewajipan sebagai manusia yang mempunyai keluarga, sepertiga malam untuk solat dan zikir dan sepertiga lagi untuk tidur.

Ketika Imam Syafie di Yaman, beliau diangkat menjadi setiausaha dan penulis istimewa Gabenor di Yaman, sekaligus menjadi guru besar di sana. Kerana beliau termasuk orang pendatang, secara tiba-tiba memangku jawatan yang tinggi, maka ramai orang yang memfitnah beliau.

Ahli sejarah telah menceritakan bahawa waktu sultan Harun Ar-Rasyid sedang marah terhadap kaum Syiah, sebab golongan tersebut berusaha untuk meruntuhkan kekuasaan Abbasiyah, mereka berhasrat mendirikan sebuah kerajaan Alawiyah iaitu keturunan Saidina Ali bin Abi Talib. Kerana itu di mana kaum Syiah berada mereka diburu dan dibunuh.

Suatu kali datang surat baginda Sultan dari Baghdad. Dalam surat yang ditujukan kepada Wali negeri itu diberitahukan supaya semua kaum Syiah ditangkap. Untuk pertama kali yang paling penting adalah para pemimpinnya, jika pekerjaan penangkapan telah selesai semua mereka akan dikirimkan ke Baghdad. Semuanya harus dibelenggu dan dirantai. Imam Syafie juga ditangkap, sebab di dalam surat tersebut bahawa Imam Syafie termasuk dalam senarai para pemimpin Syiah.

Ketika peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadhan, Imam Syafie dibawa ke Baghdad dengan dirantai kedua belah tangannya. Dalam keadaan dibelenggu itu para tahanan disuruh berjalan kaki mulai dari Arab Selatan (Yaman) sampai ke Arab Utara (Baghdad), yang menempuh perjalanan selama dua bulan. Sampai di Baghdad belenggu belum dibuka, yang menyebabkan darah-darah hitam melekat pada rantai-rantai yang mengikat tangan mereka.

Pada suatu malam pengadilan pun dimulai. Para tahanan satu persatu masuk ke dalam bilik pemeriksaan. Setelah mereka ditanya dengan beberapa kalimat, mereka dibunuh dengan memenggal leher tahanan tersebut. Supaya darah yang keluar dari leher yang dipotong itu tidak berserak ia dialas dengan kulit binatang yang diberi nama dengan natha’.

Imam Syafie dalam keadaan tenang menunggu giliran, dengan memohon keadilan kepada Allah SWT. Kemudian beliau dipanggil ke hadapan baginda Sultan. Imam Syafie menyerahkan segalanya hanya kepada Allah SWT. Dengan keadaan merangkak kerana kedua belah kaki beliau diikat dengan rantai, Imam Syafie mengadap Sultan. Semua para pembesar memperhatikan beliau.

“Assalamualaika, ya Amirul Mukminin wabarakatuh.”
Demikian ucapan salam beliau kepada baginda dengan tidak disempurnakan iaitu “Warahmatullah.”

“Wa alaikassalam warahmatullah wabarakatuh.” Jawab baginda. Kemudian baginda bertanya: “Mengapa engkau mengucap salam dengan ucapan yang tidak diperintahkan oleh sunnah, dan mengapa engkau berani berkata-kata dalam majlis ini sebelum mendapat izin dari saya?”

Imam Syafie menjawab: “Tidak saya ucapkan kata “Warahmatullah” kerana rahmat Allah itu terletak dalam hati baginda sendiri.” Mendengar kata-kata itu hati baginda jadi lembut. Kemudian Imam Syafie membaca surah An-Nur ayat 55 yang bermaksud:

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sesungguhnya Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa.”

Setelah membaca ayat di atas kemudian Imam Syafie berkata: “Demikianlah Allah telah menepati janjiNya, kerana sekarang baginda telah menjadi khalifah, jawapan salam baginda tadi membuat hati saya menjadi aman.” Hati baginda menjadi bertambah lembut. Baginda Harun ar Rashid bertanya kembali: “Kenapa engkau menyebarkan faham Syiah, dan apa alasanmu untuk menolak tuduhan atas dirimu.”

“Saya tidak dapat menjawab pertanyaan baginda dengan baik bila saya masih dirantai begini, jika belenggu ini dibuka Insya-Allah saya akan menjawab dengan sempurna. Lalu baginda memerintahkan kepada pengawal untuk membukakan belenggu yang mengikat lmam Syafie itu.

Setelah rantai yang membelenggu kedua kaki dan tangannya itu dibuka, maka Imam Syafie duduk dengan baik kemudian membaca surah Hujarat ayat 6:

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”

“Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya berita yang sampai kepada baginda itu adalah dusta belaka. Sesungguhnya saya ini menjaga kehormatan Islam. Dan bagindalah yang berhak memegang adab kitab Allah kerana baginda adalah putera bapa saudara Rasulullah SAW iaitu Abbas. Kita sama-sama menghormati keluarga Rasulullah. Maka kalau saya dituduh Syiah kerana saya sayang dan cinta kepada Rasulullah dan keluarganya, maka demi Allah, biarlah umat Islam sedunia ini menyaksikan bahawa saya adalah Syiah. Dan tuan-tuan sendiri tentunya sayang dan cinta kepada keluarga Rasulullah.” Demikian jawab Imam Syafie.

Baginda Harun ar Rasyid pun menekurkan kepalanya kemudian ia berkata kepada Imam Syafie: “Mulai hari ini bergembiralah engkau agar lenyaplah perselisihan antara kami dengan kamu, kerana kami harus memelihara dan menghormati pengetahuanmu wahai Imam Syafie.”

Demikianlah kehidupan Imam Syafie sebagai ulama besar, yang tidak lepas dari berbagai cubaan serta seksaan dari pihak yang tak mengerti akan hakikat kebenaran yang sesungguhnya. Hanya ketabahan dan keimanan serta pengetahuanlah yang dapat menghadapi setiap cubaan itu sebagai suatu ujian dari Allah SWT yang harus kita hadapi.

Monday, April 19, 2010

AWAK.....saya cintakan awak!!!!!!!!

AWAK..
hari 2 awak senyum kat saya,awak tegur saya..
saya wat x reti ja...
saya takut senyuman awak mencuri hati saya..
saya takut saya terjebak dengan cinta yg x mendapat keredhaannya...
tapi apakan daya saya manusia biasa..
cinta itu fitrah manusia,saya x mampuk menahan gelora..
saya hanya mampu berdoa...


AWAK..
hari ni awak nmpak serabut dan sepi..
mungkin tekanan dan masalah diri,
saya x rela tgk awk begini,
saya pandang dari jauh rasa nak pergi,
klu bleh nak duduk sebelah awak,pandang mata awk dan hiburkan hati awk yg sunyi..
tapi semua itu x diredahi illahi...
saya xnak kita dapat dosa free..
saya xnak kita masuk neraka sekali..
sebab saya cintakan awak sepenuh hati..
saya nak kita ke syurga sekali...
dan awak jadi bidadari...

AWAK...
hari ini awk busy sekali..
tesis awak x siap2 lagi..
saya x tahu nak tolong awak sekali..
malam tu saya belanja awak MCD...
saya berikan "lala" untuk hiburkan hati...
dengan harapan awak rasa semangat dan happy..
sebab saya cintakan awak sepenuh hati..
saya nak kita ke syurga sekali..
dan awak jadi bidadari..

AWAK...
hari ni saya jumpa awak lagi..
saya terdiam kaku x berbunyi..
bukan sebab saya malu dan x reti..
tapi saya terkedu tgk senyuman awak manis sekali...
wajah awak menambat hati..
saya cintakan awak sepenuh hati..
saya nak kita masuk syurga sekali..
dan awak jadi bidadari..

AWAK...
hari ni saya rasa lega dan lapang diri...
cinta di hati telah saya ucapkan sendiri..
hilang semua ego saya demi cinta yang suci..
saya nak awak tau cintakan awak sepenuh hati..
saya nak kita masuk syurga sekali...
dan awak jadi bidadari....

Monday, April 12, 2010

i love music!!!




feseni 2010 baru saja berakhir.macam biasa la feseni ni mmang satu acara tahunan yang paling best kat um.feseni-feseni tahun lepas ak biasanya jd penonton je,bg sokongan utk member2 kat atas stage n sokong kolej aku.tapi tahun ni istimewa ckit bila ak sendiri join 4 acara,boria,akustik,popband,puisi..training toksah citer r..mmang hardcore dan memenatkan bila dalam satu hari tu kelas lg,asgnment lg,training lg..apapun.kitorang still enjoy,best..semua bdak2 feseni 9 kolej mmang sporting..dan yang paling penting,kami menjadi juara feseni untuk tahun ni..huhu..feseni mmang best!!

GAMBAR-GAMBAR POYO SEPANJANG FESENI



team akustik kk9 " kami juara!!!!"

boria 9 kolej.juara tiga tahun berturut-turut.

naib juara pop band.kami tetap menang.






we are the champion