Monday, April 27, 2009

selesema babi?


bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum..surat khabar hari tak kira utusan ka, berita harian ka, suma letak cerita ni kat muka depan-SELESEMA BABI..petikan dari utusan "DUNIA MAKIN CEMAS-Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin. Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang."..petikan dari berita harian plak-"PANTAU SELESEMA BABI-Kerajaan melaksanakan empat langkah serta-merta bagi memantau dan menghadapi risiko wabak selesema babi yang kini melanda Mexico dan Amerika Syarikat serta mula menular ke New Zealand, semalam"
..bila aku dengar penyakit ni terkejut babi aku..aku x dapat bayangkan ni selesema jenis apa..klu selesema burung aku bleh terima lagi, tapi selesema babi xtau la camne kita nak solat.apa yang pasti, wabak selesema babi ni cukup merbahaya.81 orang telah terkorban di mexico.12 kes baru wabak itu sudah disahkan di Amerika Syarikat iaitu di Kansas, California dan Texas, manakala New York turut dikhuatiri terjejas.penduduk dunia sekarang semakin mengetatkan kawalan sempadan di negara masing-masing sebab risau wabak ini dapat masuk.kat malaysia plak,Kementerian Kesihatan juga sudah mula bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membuat saringan terhadap pelancong dari luar negara dan rakyat Malaysia yang pernah melawat Mexico, California atau Texas, Amerika Syarikat selepas awal bulan april yang lalu. ini semua sebab menternak babi..babi ni memang bawa penyakit dan boleh berjangkit kat manusia contohnya JE dan terbaru selesema babi..apapun, malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi krisis ini. tahniah kepada kementerian kesihatan malaysia .manakala jabatan perkhidmatan veteriner juga memaklumkan mereka telah menjumpai vaksin untuk penyakit selesema babi ini..tahniah kepada jabatan veteriner.so, kita x perlu risau apa2..kita teruskan kehidupan seperti biasa..assalamualaikum

Saturday, April 25, 2009

Dato' dr hassan ali

assalamualaikum...dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...Hari jumaat lepas seperti biasa kami mahasiswa kolej kediaman ke-9 pergi mengerjakan solat jumaat di masjid kolej universiti islam antarabangsa, pj, iaitu masjid yang paling dekat dengan kolej kediaman kami. susasana masjid kelihatan seperti biasa dan kehadiran jemaah adalah lebih kurang sama seperti jumaat sebelumnya. namun bagi kami solat jumaat pada hari itu adalah yang paling istimewa bg kami. apa yang membuatkan solat jumaat pada hari itu istimewa ialah kehadiran dato' dr hassan ali sebagai khatib yang memberi khutbah pada hari tersebut.

YB Dato' dr hassan Ali, pesuruhjaya pas selangor

saya begitu teruja apabila melihat dato' dr hassan ali naik ke atas mimbar. khutbah yang disampaikan oleh dato' dr hassan ali cukup bertenaga sekali sehingga boleh dikatakan tiada orang yang tertido dalam masjid (fenomena biasa di malaysia).semua jemaah dilihat memberi tumpuan penuh kepada khutbah jumaat yang disampaikan membuatkan kami berasa begitu bersemangat sekali. disini saya ingin sekali berkongsi dengan para sahabat tentang ilmu-ilmu dan isi-isi daripada khutbah jumaat tersebut. antara isi penting dalam khutbah jumaat yang disampaikan ialah tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. selama kita hidup dari akhil baligh hingga lah sekarang pernahkah kita bangun menjalankan tugas sebagai khalifah allah? jika kita seorang pelajar pernahkah kita menjalankan tugas sebagai khalifah allah? jika kita seorang profesor pernahkahkah kita menjalankan tugas sebagai khalifah allah? mengapa kita mampu untuk berjaga ditengah malam untuk menalaah buku-buku akademik tetapi kita tak mampu berjaga walau sesaat untuk menjalankan tugas sebagai khalifah allah di muka bumi ini. saya ingin mengingatkan diri saya sendiri terutamanya dan para sahabat bahawa sebelum ajal datang menjemput hendaklah kita sedar tanggungjawab kita di muka bumi. dato' dr hassan ali juga mengajak kita berjuang menegakkan islam dalam semua aspek sama ada politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya semua semua makhluk dapat mengecapi kebahagiaan, kedamaian dan keamanan. begitulah antara sedikit sebanyak ilmu yang dapat kita kongsi bersama dalam blog ini. apa yang pasti, khutbah jumaat ini akan saya kenang sampai bila-bila. kepada kawan2, marilah kita muhasabah diri.selama kita hidup di muka bumi allah, kita makan rezeki yang diberikan allah, kita melihat dan berjalan dengan rahmat allah tetapi apakah kita menjalankan tugas kita sebagai khalifah allah?

Monday, April 20, 2009

Band "kemarau" hangatkan industri muzik

band kemarau dengan gaya tersendiri
Band yang baru ditubuhkan dengan nama kemarau mencetuskan fenomena baru dalam muzik tanah air. muncul dengan album terbaru mereka yang bertajuk "takkan hujan". album ini turut memuatkan lagu hit mereka iaitu cinta umpama matahari. band yang terdiri daripada 4 orang jejaka iaitu doje(vokalis), faris (drummer), fit(basis) dan edy(lead guitar) merasakan mereka mampu mencabar band2 lain seperti hujan, meet uncle husin.

walaupun baru menceburkan diri dalam industri seni, album ini dijangka dapat mencapai jualan platinum. mereka juga kini sibuk dengan undangan persembahan di seluruh negara dan terbaru ialah persembahan di planet hollywood pada 31 april ini. menurut vokalis kumpulan ini iaitu doje, beliau menceburkan diri dalam industri muzik ini hanya untuk suka-suka dan mengisi masa lapang. dengan status juara bintang rtm 2007, doje menganggap mereka mampu untuk mencari populariti dan seterusnya menguasai industri muzik tanah air. sementara itu, band-band lain kini merasa terancam dengan kehadiran band kemarau yang dilihat mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat.apapun kita ucapkan selamat maju jaya kepada band kemarau.semoga berjaya!!!

Saturday, April 18, 2009

MAN U DAN CHELSEA TERTEKAN

steven gerrard terbaeek
LONDON-man u dan Chelsea kini semakin tertekan dalam mengharungi baki perlawanan liga perdana inggeris. Walaupun Berjaya menempah tiket ke perlawanan separuh akhir liga juara2, Chelsea dijangka menempuh laluan sukar apabila bertemu kelab spanyol, Barcelona berada pada prestasi terbaik apabila menewaskan Bayern dengan agregat besar. tumpuan Chelsea terhadap epl kini semakin berkurangan kerana terpaksa menumpukan perhatian terhadap liga juara2 dan piala f.a. ramai pemain2 chelsea mengeluh kerana rehat yang kurang. Manchester united pula tertekan dengan kepincangan barisan pertahanan. Selepas kekalahan memalukan 4-1 di tangan Liverpool, dan aksi hambar bertemu porto, alex ferguson semakin risau dan terpaksa mencongak semula formula bagi mengekang asakan Liverpool yang semakin menghampiri kejuaraan liga.
Namun berbeza bagi Liverpool, walaupun tewas bergaya ditangan Chelsea, mereka kini berada pada tahap terbaik utk menjuarai epl. Dengan kepantasan fernando torres yang bergandingan dengan kapten pasukan steven gerrard, penganalisis meramalkan Liverpool mampu bangkit memintas Manchester united. Walaupun tanpa steven gerrard yg mngalami kecederaan pangkal paha, Liverpool dijangka masih mampu member tentangan dan akan menewaskan arsenal pada perlawanan selasa ini.sumber bernama

Friday, April 17, 2009

LAGI SEMINGGU NAK EXAM?


Dapatkan Comment Bergambar Di www.testi.kuriee.com
Assalamualaikum...suasana pagi hari ni cukup ceria.burung menyanyi, rumput basah dengan embun, dan suhu sejuk menyamankan udara adalah perkara normal di malaysia. esok pagi kita akan mengalami suasana yang sama dan begitulah setiap hari. namun sedang kita menikmati udara nyaman di waktu pagi tanpa kita sedari masa beranjak dan semakin meninggalkan kita, hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, tiba-tiba je minggu depan dah exam..kepada kawan-kawan semua aku nak gunakan kesempataan ini nak ucapkan gud luck utk kwn2.buatlah yg terbaik.apa yang penting, berdoalah kepada allah kerana semua yang baik dan buruk adalah ketentuannya..GOOD LUCK FOR EXAM

Thursday, April 16, 2009

3 hari 2 malam di alam bunian..


baru-baru ini sife universiti malaya telah menganjurkan program bancian di kg sg. haji dorani, sg besar, sabak bernam. program ini adalah bertujuan utk mencari data bg melaksanakan program pmbangunan di kg tersebut. kumpulan kami yg terdiri lebih kurang 40 org mahasiswa di bahagikan mengikut kariah dan setiap kariah akan tinggal bersama keluara angkat masing2 yang merupakan ketua kariah.kumpulan saya diletakkan di kariah simpang tiga loji bersama ayah angkat kami punandir. sampai je kat kg tu, kami di jemput ke rumah pak uda yang merupakan ketua kg utk majlis pnyerahan anak angkat dan majlis makan2.terim kasih pak uda, makan memang sedap!! kirim salam kat anak pak uda..selepas tu kami di bawa ke rumah keluarga angkat. apa yg pasti, org kg sg hj dorani smuanya sporting dan baik2. kg yang cukup indah ini terdapat sawah padi, berdekatan laut. tapi aku pn dah boring tgk sawah.
hari pertama bancian memang x semudah yang disangka..macam2 perangai org kg yg kmi jumpa.apa yg pasti, setiap rumah jamu air. ada juga yg jamu ais kacang dan bahulu dan ada juga yg ajak brdebat pasai politik... alhamdulillah, program ini brjalan lancar dan respon org kg amat baik..apa yg pasti, berat badan aku bertambah bila balik ke um.terima kasih ayah angkat aku yg bg aku makan 7 kali sehari..hehe..yang bestnye bila tnggal kat kg ni, aku rasa seolah-olah kat dok kat alam bunian..hehe

Benitez, Ferguson bertikam lidah lagi

LIVERPOOL: Rafael Benitez mencetus kembali pergeseran dengan Alex Ferguson apabila menyuarakan betapa gemuruh pengurus Manchester United itu ketika dihimpit cabaran yang memuncak daripada Liverpool untuk buruan mahkota kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL).


Benitez terbabit dalam beberapa siri peperangan mulut dengan Ferguson, musim ini dan jurulatih berbangsa Sepanyol itu tidak dapat menahan diri daripada ‘melancarkan satu lagi serangan’ selepas dua gol Fernando Torres merangsang Liverpool untuk membelasah Blackburn Rovers 4-0 di Anfield, kelmarin.

Walaupun United terus gah menerajui carta liga dengan kemenangan 2-1 mengatasi Sunderland, Liverpool memberi petanda mereka akan mencabar sehingga penamat musim dengan persembahan terpuji buat mengikis detik kecewa kalah 1-3 kepada Chelsea dalam saingan suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah, minggu lalu.

Benitez menegaskan keputusan dilakar anak didiknya itu harus membuat United dan Ferguson dalam keadaan tertekan.

“Jelas sekali anda boleh lihat bahawa mereka tertekan,” kata pengurus Liverpool itu. “Ferguson sentiasa bercakap dan ia hanya memberi satu pengertian bahawa United tertekan.”

Benitez tampak merujuk kepada kenyataan Ferguson sebelum perlawanan minggu lalu, di mana dia mempersoalkan kenapa Benitez memilih untuk bercakap mengenai dirinya menjelaskan pertemuan pasukannya dengan Chelsea.

“Dia berdepan perlawanan Eropah (menentang Chelsea) dan dia bercakap mengenai Alex Ferguson,” kata jurulatih berbangsa Scotland itu. “Bagus! Saya tidak tahu bahawa saya sangat penting.”

Benitez membalasnya komen itu.

“Adakah saya menganggap ulasan itu sebagai satu pujian bahawa dia bercakap mengenai diri saya,” katanya. “Saya tidak peduli tetapi saya tahu bahawa dia berasa gemuruh dan itu amat bagus.”

sife universiti malaya-kebajikan, pertandingan, perniagaan, keuntungan?



sabak bernam, 18 mac- baru-baru ini majlis perasmian sife ( student in free enterprise ) di D'muara marine park, kampung sg haji dorani telah berjaya di buat. majlis perasmian yang ini turut dihadiri naib canselor UM Y.Bhg prof datuk dr. gauth jasmon dan tnc UM pak raei, pengerusi pusmal en. azid , dan ahli-ahli korporat. penduduk kg juga turut hadir memeriahkan lg majlis perasmian ini. di akhir majlis, penduduk kg membuat persembahan kuda kepang dan silat dan diakhiri dengan maljis makan malam.

Misi sife um ini cukup jelas iaitu menaikkan taraf kehidupan komuniti setempat terutamanya dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial serta mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan siswa dan siswi universiti malaya dengan penduduk kg sungai haji dorani. alhamdulillah, kerajaan dan swasta memberi sokongan penuh kepada mahasiswa untuk menjayakan projek mega ini. hakikatnya, program sife in dilihat seolah2 menguntungkan sebelah pihak. walaubagaimanapun, kajian sedang dibuat...dan hasilnya kita akan ketahui x lama lagi..hehee

Rakyat belum maafkan BN


dikemaskini analisis Kejayaan Pakatan Rakyat mengekalkan Bukit Gantang dan Bukit Selambau dengan pertambahan majoriti membuktikan rakyat terus-menerus menolak BN walaupun pilihanraya umum sudah setahun berlalu.
Kemenangan itu juga menunjukkan rakyat Malaysia masih belum memaafkan BN walaupun Umno - tulang belakang gabungan itu - dan negara sudah bertukar kepemimpinan kepada Datuk Seri Najib Razak.
BN yang melontarkan slogan "mohon restu rakyat, pilih Barisan Nasional" dengan gambar besar Najib dan barisan pemimpinnya jelas gagal mendapatkan restu tersebut - sama ada terhadap beliau sendiri atau menteri besar BN yang baru, Datuk Zambry Abd Kadir.
gantang by election 070409 pas nizar win result announce 04Seperti dihasratkan oleh Pakatan, ia akhirnya menjadi "pungutan suara" terhadap perdana menteri baru itu yang belum lagi sempat membariskan kabinetnya sejak mengangkat sumpah, Jumaat lepas.
Najib dijangka mengumumkan kabinet baru tengah hari esok.
Kejayaan menteri besar Pakatan di Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mengekalkan kerusi parlimen itu - di kubu tradisi Umno - juga menunjukkan bahawa rakyat tidak merestui rampasan kuasa BN di negeri tersebut, Februari lalu.
Ia juga membuktikan strategi kempen BN yang cuba menggambarkan Mohamad Nizar sebagai seorang "penderhaka" kepada Sultan Perak tidak diterima pengundi.
Kini bukan sahaja beliau, malah seluruh Bukit Gantang juga "mohon derhaka" - ucapan yang disampaikan sewaktu ingin berbeza pandangan dengan Sultan Azlan Shah di kemuncak krisis dengan Istana Kinta.
Kepemimpinan PAS dilihat tepat membaca politik apabila memilih ADUN Pasir Panjang itu sebagai calonnya di saat-saat akhir untuk memanfaatkan suasana tidak menentu di negeri itu.
Kehadiran mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - yang kembali kepada Umno, Sabtu lalu - juga tidak banyak membantu.
Malah, dipercayai kalangan penyokong Umno akan menyalahkan kehadiran bekas presiden Umno itu atas kekalahan teruk BN di dua kawasan pilihanraya kecil tersebut.
bukit selambau manikumar with azmin winner of election 070409Mohamad Nizar meraih majoriti 2,789 undi apabila menewaskan calon BN Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi.
Arwah wakil rakyat PAS Roslan Shaharum memperolehi 1,566 undi - kali pertama parti itu menawan kubu BN berkenaan.
Sementara calon PKR S Manikumar (foto, kanan sekali) yang mengekalkan kemenangan bekas wakil rakyatnya V Arumugam menunjukkan calon muka baru tidak menjadi isu kepada pengundi parti pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Walaupun PKR berdepan dengan krisis kecil susulan pemilihan mengejut Manikumar, yang bakal dilantik sebagai exco kerajaan Kedah, tetapi sokongan pengundi di DUN Selambau tetap tidak berubah.
Ahli perniagaan di awal 30-an itu menang dengan majoriti 2,403 undi dengan meraih 12,632 undi. Manakala calon BN Datuk S Ganesan memperolehi 10,229 undi.
Arumugam, waktu itu calon bebas, meraih 2,362 undi.
bukit gantang by election bn posters on site 310309 01Daripada lima pilihanraya kecil dalam tempoh sembilan bulan sejak Ogos lalu, Pakatan menang empat kerusi dengan majoriti yang semakin besar, termasuk merampas Kuala Terengganu, Januari lepas - gejala yang menunjukkan BN semakin hilang cengkaman di peringkat akar umbi masyarakat.
Bagaimanapun ia masih berkuku di Batang Ai apabila calonnya Malcolm Mussen Lamoh berjaya menggandakan majoritinya kepada 1,854 undi daripada 806 yang diraih pada pilihanraya Sarawak, 2006.
Kegagalan PKR menggugat BN, setidak-tidaknya menurunkan majoriti parti itu, membayangkan parti pembangkang itu harus bekerja lebih keras bagi menghadapi pilihanraya negeri yang bakal diadakan selewat-lewatnya pada 2011.
Ia juga boleh mengendurkan keghairahan penasihat PKR untuk melebarkan sayapnya ke Malaysia Timur seperti sering diuar-uarkan setelah menggondol keyakinan baru selepas keputusan luar biasa 8 Mac tahun lalu.
Tiga pilihanraya kecil serentak ini dengan jelas mempertahankan status quo - menajamkan lagi persaingan politik antara Pakatan dengan BN, dengan satu perbezaan iaitu Najib pula menggalas beban Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Bekas presiden Umno dan perdana menteri itu dipaksa berundur awal dengan alasan beliau punca utama kemerosotan BN pada pilihanraya ke-12.
Bagaimanapun keputusan di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai hari ini tidak menunjukkan Najib boleh memperbaiki kelemahan Abdullah dengan segera kecuali harus terus melaksanakan janji reformasi seperti formula kemenangan BN pada 2004.
Mengulas kemenangannya, Mohamad Nizar berkata ia menunjukkan rakyat mahukan demokrasi sebenar dan akan menjadikan kejayaan ini untuk menuntut pembubaran DUN Perak bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan.
bukit gantang anwar ibrahim sunday dinner ceramah 060409 01Nada yang sama - membubarkan DUN untuk mendapatkan mandat baru rakyat Perak - turut disuarakan oleh tokoh DAP Lim Kit Siang dan Anwar malam ini.
Lim, juga ahli parlimen Ipoh Timur, malah menyifatkan keputusan itu sebagai tanda rakyat hilang kepercayaan kepada Najib dan menggesa sidang tergempar Dewan Rakyat untuk menguji sokongan terhadapnya.
Sambil menyifatkan rahsia kemenangan Pakatan Rakyat pada kerjasama erat tiga parti pembangkang, Anwar memberitahu Malaysiakini malam ini, bahawa keputusan itu membayangkan semua kaum tetap mahu menuntut perubahan walaupun Najib telah menggantikan Abdullah.

Timbalan presiden Umno yang memikul jentera kempen BN kali ini menafikan kegagalannya sebagai "pungutan suara" terhadap Najib.
Tan Sri Muhyiddin Yassin malah berkata rakyat belum "menyerap" perubahan pucuk kepimpinan negara dan Umno kerana ia masih terlalu baru.
Selain menafikan keputusan di Bukit Gantang sebagai tanda penolakan terhadap rampasan kuasa BN di Perak, beliau juga menolak tanggapan bahawa kehadiran Dr Mahathir membawa kesan "negatif" kepada calon parti itu.