Thursday, June 18, 2009

iskandar bukan zulkarnain?


selama ini kita sentiasa berfikir bahawa iskandar, alexander the great dan zulqarnain adalah orang yang sama tanpa kita selidik siapakah iskandar dan siapakah raja zulkarnain yang diceritakan dalam surah al-kahfi.dalam surah itu diceritakan bagaimana raja zulkarnain pergi kepada suatu kaum dan kaum tersebut meminta beliau membina sebuah tembok yang dapat menghalang mereka daripada serangan yakjuj makjuj. buku yang terbaru tulisan Al-fareez abdul razak al-hafiz bertajuk "benarkah iskandar bukan zulkarnain?" menceritakan dengan jelas bersama fakta dan hujah-hujah yang bernas mengenai siapakah zulkarnain yang diceritakan dalam surah al-kahfi.dalam buku itu, penulis menamakan raja kurush sebagai zulkarnain.buku itu juga turut memaparkan gambar-gambar peninggalan negara kota raja iskandar dan raja kurush. buku ini merungkaikan segala persoalan tentang siapakah zulkarnain dalam surah al-kahfi.dapatkan segera buku ini dipasaran.