Friday, May 7, 2010

Aku Dengar dengan HATI..aku LAYAN dengan KEPALA...aku praktikkan dengan HEADBANGING!!!!!

Aku membesar dengan musik sebab tu aku minat musik.aku minat musik sebab musik bley wat aku sedih,gembira,mengangis...bila aku feeling gitar kapok akulah jadi mangsa..huhu..bila x puasa main gitar kapok masuk studio jaming plak,huh...


NIRVANA



aku mula hardcore dengan musik masa dalam tingkatan 2..masa tu musik underground tengah rancak di malaysia.band yang paling aku minat mestila band-band bergenre grunge terutamanya nirvana yang dianggotai 3 anak muda dari seatle kurt cobain(vokalis,gitaris).krist noveselick(basis),dave ghrol(drum).huhu...lau jaming mmang bawa lagu diorang macam heart shaped box,smell like teen spirit,about girl,rape me,macam2 lg la.aku minat giler NIRVANA sampai suma gaya KURT COBAIN aku tiru.pakai baju belang,kasut converse,seluar kaki kecik,gaya rambut kecuali aku tak minum arak,dadah.seks bebas and bunuh diri cam kurt cobain.yang paling best,.bebudak grunge ni ada group dia sendiri kat sekolah..hak3..band grunge yang ada kat malaysia masa tu cuma satu je yang paling aku suka : BUTTERFINGERS.

BUTTERFINGERS


album pertama butterfingers masa tu 1.2 miligram. lagu-lagu dia mmang aku minta macam niccotyne,Naive Sick,Chasm,Chrome,Nicc o'Tyme,Me,Wet Blanket,Fo,Royal Jelly,Ugly,In the Calm,Sober,10db.....Loque, Kadak dan tiga rakan mereka iaitu Cop, Ayul dan Bobo berusia 14 tahun dan bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar pada 1991.selepas itu,butterfingers ditubuhkan.Fitrahnya seperti remaja lain, muzik memang banyak memberi pengaruh utama sebagai medium untuk merehatkan fikiran atau lebih tepat untuk melepaskan geram.musik mereka memang sesuai dengan jiwa aku yang suka memberontak masa tu.aku hafal suma lagu butterfingers dan aku beli suma album mereka yang original buka ciplak.huhu.tapi bila aku jumpa diorang,x sangka band yang aku puja ni rupanya agak ego sedikit,xpela...terima kasih.
pe yang kita faham sal musik undeground ni?pe yang kita faham sal diorang?erm...Sejarah underground di Malaysia ini sudah pun dimulakan oleh segelintir remaja pada lewat 70an dahulu. Mereka pada mulanya lebih terpengaruh kepada muzik Punk setelah banyak membaca majalah-majalah dari England dan juga daripada band The Sex Pistols yang begitu popular ketika itu. Mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk dan mula berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.
Joe Kidd telah menubuhkan scene punk yang pertama di Kuala Terengganu pada awal 80an, namun pada masa itu hampir tidak ada band yang ditubuhkan secara serius. Mereka hanya bermain gitar kapok sambil lepak di tepi pantai, tetapi pada tahun 1987 terdapat sebuah band di Terengganu yang memainkan irama punk dengan pengaruh thrash metal iaitu Mallaria dan mereka turut merakamkan demo yang tidak diketahui kesudahannya. Selain Joe Kidd dan rakan-rakan di Kuala Terengganu, terdapat juga geng-geng punk yang lain di Kuala Lumpur dan P. Pinang ( Abazz daripada band punk The Karatz ) tetapi semuanya dalam komuniti yang kecil dan tidak mempengaruhi budak-budak lain.

Ketika itu juga telah muncul segelintir pemuzik yang memainkan irama yang lebih keras iaitu thrash metal. Muzik ini dikesan pada sekitar awal tahun 1984 dan mula berkembang selepas lebih kurang dua tahun selepas itu. Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis, Picagari dan FTG. Mereka ini kebanyakannya mendapat pengaruh band-band luar negara seperti Sodom, Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer, Bathory dan King Diamond.sehinggalah sekaran,zaman berubah seiring dengan perubahan muzik.muzik underground di malaysia juga telah banyak berubah dengan muzik seperti black metal,punk,skinhead dan grunge telah dilabel sebagai satu muzik yang tidak bermoral,masyarakat mula menjauhkan diri tetapi masih ada segelintir yang setia denga muzik macam ni termasuklah aku.apa yang dapat dilihat,muzik sekarang lebih kepasa indie dan ska yang agak mainstream.pada aku apa jua jenis muzik pun sama saja..selagi ia boleh diterima oleh orang ramai,ia dianggap seni:~

No comments:

Post a Comment