Jika kamu memancing ikan...
setelah ikan itu terlekat di mata kail...
hendaklah kamu mengambil terus ikan itu...
janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu
sahaja...
kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu...
dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup...
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada
seseorang...
setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya...
janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja...
kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu...
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu. ..
Jika kamu menadah air biarlah berpada...
jangan terlalu mengharap pada takungannya. ..
dan janganlah menganggap ia begitu teguh...
cukuplah sekadar keperluanmu. ..
Apabila sekali ia retak...
tentu sukar untuk kamu menampalnya semula...
akhirnya ia dibuang...
sedangkan jika kamu cuba membaikinya. ..
mungkin ia masih boleh digunakan lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya...
Apabila sekali dia melakukan kesilapan...
bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ..
akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. ..
Sedangkan jika kamu memaafkannya. ..
boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya...
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.. .
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya.. .
Kamu akan menyesal...
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu...
Menyayangimu. Mengasihimu. ..
Mengapa kamu berlengah dan cuba membandingkannya dengan yang lain...
Terlalu mengejar kesempurnaan. ..
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal...
Usahlah memandang semua dgn pandangan mata semata-mata, tetapi pandanglah dghn pandangan hati....kita bukan saja dpt melihatNya dimana-mana tetapi dpt merasa rahmat kurniaanNya juga....
Kecantikan lelaki dan wanita Islam
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.
Lelaki yang cantik,adalah:-
1)Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2)Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3)Lelaki yang memberi madu,setelah menerima racun
4)Lelaki yang tenang dan lapang dada
5)Lelaki yang baik sangka
6)Lelaki yang tak pernah putus asa
Kecantikkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad S.A.W adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
Kegagahan Wanita..??
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah:-
1)Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2)Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3)Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
4)Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.
Seluruh kegagahan yang ada pada Sayidah Khadijah R.A adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Monday, April 12, 2010
Sunday, February 28, 2010
kalaulah ada seminggu lagi....
cuti tahun baru cina tahun ni memang sungguh bermakna.walaupun aku balik kg agak lewat dari orang lain.tp masa yang ada ak gunakan betul-betul untuk hobi aku ngan kawan2.mmang best!!.start 8 pagi hingga la malam macam2 aktiviti yang kami buat.kalau nak ikut masa mmang x cukup cuti sminggu..tp nak wat camne cuti seminggu je..kalau la cuti ditambah satu minggu lagi..mest best!(.^_^.)
hobi kami memancing
balik kg apa lg memancing la..huhu..partner aku zaidi ngan amar.suma port kat kg kami pi.dan macam biasa,aku la orang yang paling banyak dapat ikan.memancing dalam bendang yang paling best kat kg.walaupun cuma dapat 3 ekor je ikan haruan,yang penting enjoy dan dapat melepaskan gian memancing.
memancing atas bot di kuala kedah
aku teruja bila dapat naikkan ikan sembilang yang besar(bukan dalam gambar.huhu). memancing kat kuala kedah ni yang banyaknya ikan belukang,duri dan gelama je.tp ok la dari x dapat ikan langsung,tu semuanya rezeki..walaupun x banyak ikan yang kami dapat.tp kepuasan dan pengalaman tu yang penting..huhu

Thursday, October 1, 2009
pelik tapi benar!!!!!
kat bawah ni aku ada upload gambar2 yang pelik tapi benar,gambar-gambar ni bukan gambar makhluk asing ataupun alien,terpulang la kat korang nak percaya ke x..
kenapa x percaya?..nnti aku nak boh gambaq manusia xdak kepala plak..tunggu!!!
- Kalimah Allah Pada Awan
- BAYI BERKAKI TIGA
- DURIAN TERBERAT
- MANUSIA BERJARI 6
- KALIMAH ALLAH PADA PETA
- KACANG PANJANG TERPANJANG
- KALIMAH ALLAH PADA KUCING
- NANAS BERBENTUK KIPAS
- POKOK MENARI
- AL-QURAN TERSELAMAT DARI TSUNAMI
kenapa x percaya?..nnti aku nak boh gambaq manusia xdak kepala plak..tunggu!!!
Thursday, June 18, 2009
iskandar bukan zulkarnain?

selama ini kita sentiasa berfikir bahawa iskandar, alexander the great dan zulqarnain adalah orang yang sama tanpa kita selidik siapakah iskandar dan siapakah raja zulkarnain yang diceritakan dalam surah al-kahfi.dalam surah itu diceritakan bagaimana raja zulkarnain pergi kepada suatu kaum dan kaum tersebut meminta beliau membina sebuah tembok yang dapat menghalang mereka daripada serangan yakjuj makjuj. buku yang terbaru tulisan Al-fareez abdul razak al-hafiz bertajuk "benarkah iskandar bukan zulkarnain?" menceritakan dengan jelas bersama fakta dan hujah-hujah yang bernas mengenai siapakah zulkarnain yang diceritakan dalam surah al-kahfi.dalam buku itu, penulis menamakan raja kurush sebagai zulkarnain.buku itu juga turut memaparkan gambar-gambar peninggalan negara kota raja iskandar dan raja kurush. buku ini merungkaikan segala persoalan tentang siapakah zulkarnain dalam surah al-kahfi.dapatkan segera buku ini dipasaran.
Monday, April 27, 2009
selesema babi?

bismillahirrahmanirrahim...assalamualaikum..surat khabar hari tak kira utusan ka, berita harian ka, suma letak cerita ni kat muka depan-SELESEMA BABI..petikan dari utusan "DUNIA MAKIN CEMAS-Jumlah kematian akibat selesema babi di Mexico semalam, meningkat kepada 81 orang berbanding 68 orang kelmarin. Wabak itu mula menular ke Amerika Syarikat (AS) dengan jumlah mangsa meningkat 10 orang."..petikan dari berita harian plak-"PANTAU SELESEMA BABI-Kerajaan melaksanakan empat langkah serta-merta bagi memantau dan menghadapi risiko wabak selesema babi yang kini melanda Mexico dan Amerika Syarikat serta mula menular ke New Zealand, semalam"
..bila aku dengar penyakit ni terkejut babi aku..aku x dapat bayangkan ni selesema jenis apa..klu selesema burung aku bleh terima lagi, tapi selesema babi xtau la camne kita nak solat.apa yang pasti, wabak selesema babi ni cukup merbahaya.81 orang telah terkorban di mexico.12 kes baru wabak itu sudah disahkan di Amerika Syarikat iaitu di Kansas, California dan Texas, manakala New York turut dikhuatiri terjejas.penduduk dunia sekarang semakin mengetatkan kawalan sempadan di negara masing-masing sebab risau wabak ini dapat masuk.kat malaysia plak,Kementerian Kesihatan juga sudah mula bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membuat saringan terhadap pelancong dari luar negara dan rakyat Malaysia yang pernah melawat Mexico, California atau Texas, Amerika Syarikat selepas awal bulan april yang lalu. ini semua sebab menternak babi..babi ni memang bawa penyakit dan boleh berjangkit kat manusia contohnya JE dan terbaru selesema babi..apapun, malaysia sudah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi krisis ini. tahniah kepada kementerian kesihatan malaysia .manakala jabatan perkhidmatan veteriner juga memaklumkan mereka telah menjumpai vaksin untuk penyakit selesema babi ini..tahniah kepada jabatan veteriner.so, kita x perlu risau apa2..kita teruskan kehidupan seperti biasa..assalamualaikum
Saturday, April 25, 2009
Dato' dr hassan ali
assalamualaikum...dengan nama ALLAH yang maha pemurah lagi maha mengasihani...Hari jumaat lepas seperti biasa kami mahasiswa kolej kediaman ke-9 pergi mengerjakan solat jumaat di masjid kolej universiti islam antarabangsa, pj, iaitu masjid yang paling dekat dengan kolej kediaman kami. susasana masjid kelihatan seperti biasa dan kehadiran jemaah adalah lebih kurang sama seperti jumaat sebelumnya. namun bagi kami solat jumaat pada hari itu adalah yang paling istimewa bg kami. apa yang membuatkan solat jumaat pada hari itu istimewa ialah kehadiran dato' dr hassan ali sebagai khatib yang memberi khutbah pada hari tersebut.

YB Dato' dr hassan Ali, pesuruhjaya pas selangor
saya begitu teruja apabila melihat dato' dr hassan ali naik ke atas mimbar. khutbah yang disampaikan oleh dato' dr hassan ali cukup bertenaga sekali sehingga boleh dikatakan tiada orang yang tertido dalam masjid (fenomena biasa di malaysia).semua jemaah dilihat memberi tumpuan penuh kepada khutbah jumaat yang disampaikan membuatkan kami berasa begitu bersemangat sekali. disini saya ingin sekali berkongsi dengan para sahabat tentang ilmu-ilmu dan isi-isi daripada khutbah jumaat tersebut. antara isi penting dalam khutbah jumaat yang disampaikan ialah tugas manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. selama kita hidup dari akhil baligh hingga lah sekarang pernahkah kita bangun menjalankan tugas sebagai khalifah allah? jika kita seorang pelajar pernahkah kita menjalankan tugas sebagai khalifah allah? jika kita seorang profesor pernahkahkah kita menjalankan tugas sebagai khalifah allah? mengapa kita mampu untuk berjaga ditengah malam untuk menalaah buku-buku akademik tetapi kita tak mampu berjaga walau sesaat untuk menjalankan tugas sebagai khalifah allah di muka bumi ini. saya ingin mengingatkan diri saya sendiri terutamanya dan para sahabat bahawa sebelum ajal datang menjemput hendaklah kita sedar tanggungjawab kita di muka bumi. dato' dr hassan ali juga mengajak kita berjuang menegakkan islam dalam semua aspek sama ada politik, pendidikan, ekonomi, sosial dan sebagainya semua semua makhluk dapat mengecapi kebahagiaan, kedamaian dan keamanan. begitulah antara sedikit sebanyak ilmu yang dapat kita kongsi bersama dalam blog ini. apa yang pasti, khutbah jumaat ini akan saya kenang sampai bila-bila. kepada kawan2, marilah kita muhasabah diri.selama kita hidup di muka bumi allah, kita makan rezeki yang diberikan allah, kita melihat dan berjalan dengan rahmat allah tetapi apakah kita menjalankan tugas kita sebagai khalifah allah?

Monday, April 20, 2009
Band "kemarau" hangatkan industri muzik
band kemarau dengan gaya tersendiriBand yang baru ditubuhkan dengan nama kemarau mencetuskan fenomena baru dalam muzik tanah air. muncul dengan album terbaru mereka yang bertajuk "takkan hujan". album ini turut memuatkan lagu hit mereka iaitu cinta umpama matahari. band yang terdiri daripada 4 orang jejaka iaitu doje(vokalis), faris (drummer), fit(basis) dan edy(lead guitar) merasakan mereka mampu mencabar band2 lain seperti hujan, meet uncle husin.
walaupun baru menceburkan diri dalam industri seni, album ini dijangka dapat mencapai jualan platinum. mereka juga kini sibuk dengan undangan persembahan di seluruh negara dan terbaru ialah persembahan di planet hollywood pada 31 april ini. menurut vokalis kumpulan ini iaitu doje, beliau menceburkan diri dalam industri muzik ini hanya untuk suka-suka dan mengisi masa lapang. dengan status juara bintang rtm 2007, doje menganggap mereka mampu untuk mencari populariti dan seterusnya menguasai industri muzik tanah air. sementara itu, band-band lain kini merasa terancam dengan kehadiran band kemarau yang dilihat mendapat sambutan luar biasa daripada masyarakat.apapun kita ucapkan selamat maju jaya kepada band kemarau.semoga berjaya!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)